Reply to Yan

>


Masih lagi tentang kino. ^_^ aku kang komen banyak2 dalam komen inbox ko..tak muat..baik wat new post terus. ^_^

Ye, aku pun rindu ngan kino. Rindu dengan gosip. Aku rasa gosip telah merapatkan kita semua. ^_^ Ngumpat pasal customer, eyeing customer yang agak2 comel, jumpe selebriti dan selalu jumpe Raja Nazrin , loker, tempat pantry.. giler cari satu buku satu kino..tidak pernah aku complain cari buku satu kino dan akhirnye cakap dengan customer “do you want to reserve it if I found it?” hahaha.
Setiap benda yang best, mesti ada nohtah.

Aku tak boleh nak komen banyak tentang download download ni. Aku adalah hantu download. Perasaan aku terhadap CD tidak hangat seperti kau memegang kekasih buat pertama kalinya. (best tak ayat?), tapi aku faham tentang buku menjadi kindle. Aku pun suka memegang buku dari elektronik. Perasaan memegang buku dan membaca buku yang aku suka sungguh indah, bagaikan diri dalam cerita tu sendiri. (pergh, ayat). You get my drift.

Dekat sini aku suka pergi kedai buku lama2. Murah dan bau buku yang lama ^_^ dan buku yang lama tak luka kan jari jemari ku. (paper cut). Kat kino dulu, tangan aku tak sah kalau tak der paper cut. ^_^ Paper cut tu pun aku rindu.

Tentang kemudaan, terus la rasa muda. Beneficial tu. Thoughts are powerful. Kalau act cam muda tu yang tak best.. mencari imbangan tu memang susah. Aku sendiri pun tak pernah rasa tua kecuali jumpa budak sekolah berumur 16 tahun. ^_^ Enjoy while it last.
Aku pun tak sangka umur nak dekat 30 tahun tapi seriously aku tak rasa aku layak atau mature enough to be 30 tapi umur mana ada kira ready atau tidak.

Oh ye, di sebabkan aku tak der wat pe2 semalam, aku download macam2 movie, dan salah satu nye Eat, Pray, Love. Aku tak sure la kalau ko dah tgk movie tu tapi aku intrigue sebab ko cakap ko paham die dan relate ngan die, so adakah ko rasa tertekan dengan keadaan sekarang? Adakah perasaan ghairah kau hilang? Tiada rasa ghairah tentang kehidupan? Atau adakah ko takut dengan cinta? Cinta kan bahaya. Boleh buat orang buta dan hilang diri sendiri..
Aku rasa semua orang pernah rasa begitu. Aku adalah orang yang selalu hilang diri sendiri di dalam percintaan. ya, aku mengaku.

Pelik kan? Walaupun jumpa seseorang yang tidak mahu mengubah apa2 tentang diri kita, kita sendiri mengubah untuk sesuaikan diri untuk dia kononnya. I learned it hard way. Live and learn eh? Pengalaman telah mengajar kita menjadi takut sebenarnya. Adakah itu yang ko curigakan?

Ok la. Nanti kita cerita lagi ye. Apa2 pun..sila jawab persoalan aku. ^_^

Walaupun aku jauh di mata mu , telinga ku dan perihatin ku tetap berada di sisi mu. (cam kekasih la pulak).

Reply to Yan

>

Reply to Yan

surat kedua

Aku sememangnya pantas effektif apabila kau bercerita tentang neighbourhood.. Kebarangkalian itu sungguh luas sebab itu aku pantas menjawab “lelaki”? 😉 you can’t blame me…:D

Wah..nanti pabila aku pulang ke tanah air (sayu skit bunyi), aku pastikan kau akan membawa aku jalan-jalan cari makan sebab aku tahu kau telah arif tentang kawasann Damansara. Dari apa yang aku baca, aku merasakan Damansara sungguh sesuai untuk kau….dan aku bangga kau telah sungguh rileks mengenai subjek lelaki. Ye la, kalau nak ikutkan subjek itu tidak akan pernah ada nohtah. Sentiasa ada kesinambungan. Aku tahu kau bukan jenis yang hendak kahwin atas sebab2 yang kekadang aku dengar tidak munasabah. Kau lebih cerdik dr itu.

Menyebut pasal makanan, aku masih mengingati zaman-zaman mamak kita dan cerita-cerita cina yang sering ditayangkan . Dan kali ini, aku mahu makan di Sri Murni pula. Alamak….. lapar la pulak teringat kat Mee goreng sri murni… menyesal mention…

Betul kata kau, puaskan hati orang memang susah dan kekadang kita sendiri jadi marah. 😦

Aku rasa yang penting kau puaskan hati sendiri dahulu, ya..bunyi sungguh mementingkan diri, tapi bila lagi?

Umur pun sudah menghampiri 3-0 an, masih muda lagi. 🙂 dan we still loook good , baby! 🙂

whatever it is, Enjoy while you can!

Bukan ko ader list ke ? 100 things before you get married? 🙂

Macam mana progress? terlaksana?

Buat jangan tak buat:) Nanti dalam relationship, kena minta pendapat atau permission atau kena ajak… leceh kekadang..:)

Nak kata aku rindu dengan kehidupan single, kekadang ya. Tidak pernah aku nafikan.

Tetapi aku bersyukur dengan apa yang ada sekarang..I won’t trade it for the world.

Sebagai pendengar setia kau, aku sentiasa berharap kau jumpa kebahagian yang kau inginkan.




>

Kehadapan rakan ku yang sungguh touching mouching membuat blog..:)

*aku pon nak balas la!*

Walau pon kekok untuk aku berbicara di blog ini berbahasa melayu tetapi aku tidak pernah lupa akan bahasa ku sendiri.. 🙂 Selamat Hari Raya Haji kepada mu jua… Kali ni kali kedua jua aku beraya di sini…sebak dan jeles kepada orang yang menatap jamuan yang enak2 di hari raya… 🙂 *makan je aku pikir*

Best tempat keje ko.. cubicle yang comel! kenapa tidak letak Pak Moomin di atas meja mu? hehe….

Hari ni salji telah turun untuk pertama kali nya. Dan secara automatik nya, aku merasa kan di dalam snow globe…seperti ni …

Aku harap ko dapat la menziarahi aku di sini… pada bila2 masa sahaja…aku akan menanti mu …

Pasal kepatahan hati ko tu, aku harap ko ok…take your time… aku tau bukan senang..to mend a broken heart… kita semua pernah melalui dan aku tau ko akan tabah untuk ketawa semula 🙂 Ko ingat je ape ko nak wat ..nak travel kee.. just to keep your mind busy….time will heal ..:) it always does.

Banyak telah kita belajar setelah era Kino berakhir. Time Kino adalah time tak serius dgn hidup..itu pendapat aku la. Member keje best2.. gosip baaiiiknyee.. tetapi masa gembira akan tetap berakhir…. Ape2 pon aku tetap sokong ko 100% dalam apa juga keadaan..:)

So camne mission ko nak turun kan berat badan.? dah beli basikal yang anda idam2kan? Aku pun tak leh nak komen berbanyak.. sejak dua menjak aku di sini dan tinggal bersama dgn kekasih ku .. berat badan pun bertambah hingga rakan lain pikir aku pregnant.. tetapi aku defend diri ku mengatakan sebab sejuk..dan kesejukkan membuat muka ku kembang dan baju berlapis2 …..:D*anda tidak percaya?* Dan atas-atas alasan yang tidak sesuai untuk di baca di kalangan budak belasan tahun…

Apa2 pun Mari bersama2 untuk kekalkan amalan yang sihat tubuh badan!! yeay! 😀