Bahasa Budaya Kita

>


Masa aku di Sarawak, bahasa Sarawak menjadi bahasa rutin ku tapi aku tidak pernah terfikir pasal bahasa semanjung atau orang sarawak kata “bahasa orang malaya”ditutur dalam family aku.
Time kecik2, mana la tau beza, bile kawan sarawak aku tegur, “kenak ko klakar lain ngan famili kau, perasan sik? (kenapa kau cakap lain ngan famili kau, perasan tak?)”
masa tu baru aku perasaan …. heheh.. ye la.. famili sebelah Abah aku dari semanjung dan mak aku dari sarawak dan antara parents aku ngan aku, kitaorg cakap “bahasa malaya” tapi sesama parent aku diaorg cakap sarawak. Kira nya aku ni bilingual celup la jugak. huahuahua.

ape2 pon, dari sana aku rasa bahasa memain peranan yang agak besar untuk tentukan orang tu dari mana. Aku tak nak maksud kan dari luar negara, tak der kaitan tapi bila aku pindah ke KL, banyak sungguh bahasa stylo aku belajar. Seperti:

SELENGER

BENGAP

BANGGANG

AGAK2 CKIT

BENGKE

dan bahasa utara yg kekadang orang lain fikir aku dari Utara, dan aku rasa tak der la banyak benar member aku dari Utara. Tapi perkataan2 di atas tidak justified kalau tak di sebut, cam tak cun je ejaan. Maaf kalau salah.. tapi aku rasa tak der orang nak pakai ayat2 sebegitu, dah SOO YESTERDAY…

tapi sejak dua menjak dah berumur ni, banyak bahasa stylo telah muncul dan aku dapat idea ni pon sebab mamat ni.. sebab budak2 sekarang suka pakai ayat “ew” di belakang. Contoh : ” begiteww kewww” dan kebanyakkan nye aku dah tak paham..

Time aku sekolah dulu bahasa “Fi” popular, bukan F*** tapi letakkan F di setiap ayat. contoh: Mafinafi kaufi perfigifi? –sila betulkan kalau salah. Tapi aku memang tak pernah nak fluent bahasa stylo itu. Tapi aku tak tau kenapa bila orang pakai bahasa “Fi” mesti nak gaduh atau gosip. Boleh di kategorikan sebagai bahasa Gosip agaknya. Apa motif bahasa “fi” aku sendiri pun tak tau, kata stylo kan?

Agak2 nya ada tak orang buat dictionary untuk bahasa stylo versi bahasa malaysia? Kalau tidak , mari kita buat untuk lawak diri sendiri.

Tapi lawak paling best aku dengar bile orang sarawak try nak cakap semanjung

A:hello, boleh saya bercakap dengan gitugitu?

B:hello, siapa kelakar (cakap) tu?

A: errr… *konpius*

comel je kan? ^_^

Dan apabila aku pindah di negeri yang cam peti sejuk ni, bahasa lagi konfius, *pening*

Apa-apa pun sila kasi perkataan yang STYLO untuk aku biar aku boleh berlagak bile balik Malaysia. Tak der la aku rasa ketinggalan ye… ^_^


Bahasa Budaya Kita

Reply to Yan

>


Masih lagi tentang kino. ^_^ aku kang komen banyak2 dalam komen inbox ko..tak muat..baik wat new post terus. ^_^

Ye, aku pun rindu ngan kino. Rindu dengan gosip. Aku rasa gosip telah merapatkan kita semua. ^_^ Ngumpat pasal customer, eyeing customer yang agak2 comel, jumpe selebriti dan selalu jumpe Raja Nazrin , loker, tempat pantry.. giler cari satu buku satu kino..tidak pernah aku complain cari buku satu kino dan akhirnye cakap dengan customer “do you want to reserve it if I found it?” hahaha.
Setiap benda yang best, mesti ada nohtah.

Aku tak boleh nak komen banyak tentang download download ni. Aku adalah hantu download. Perasaan aku terhadap CD tidak hangat seperti kau memegang kekasih buat pertama kalinya. (best tak ayat?), tapi aku faham tentang buku menjadi kindle. Aku pun suka memegang buku dari elektronik. Perasaan memegang buku dan membaca buku yang aku suka sungguh indah, bagaikan diri dalam cerita tu sendiri. (pergh, ayat). You get my drift.

Dekat sini aku suka pergi kedai buku lama2. Murah dan bau buku yang lama ^_^ dan buku yang lama tak luka kan jari jemari ku. (paper cut). Kat kino dulu, tangan aku tak sah kalau tak der paper cut. ^_^ Paper cut tu pun aku rindu.

Tentang kemudaan, terus la rasa muda. Beneficial tu. Thoughts are powerful. Kalau act cam muda tu yang tak best.. mencari imbangan tu memang susah. Aku sendiri pun tak pernah rasa tua kecuali jumpa budak sekolah berumur 16 tahun. ^_^ Enjoy while it last.
Aku pun tak sangka umur nak dekat 30 tahun tapi seriously aku tak rasa aku layak atau mature enough to be 30 tapi umur mana ada kira ready atau tidak.

Oh ye, di sebabkan aku tak der wat pe2 semalam, aku download macam2 movie, dan salah satu nye Eat, Pray, Love. Aku tak sure la kalau ko dah tgk movie tu tapi aku intrigue sebab ko cakap ko paham die dan relate ngan die, so adakah ko rasa tertekan dengan keadaan sekarang? Adakah perasaan ghairah kau hilang? Tiada rasa ghairah tentang kehidupan? Atau adakah ko takut dengan cinta? Cinta kan bahaya. Boleh buat orang buta dan hilang diri sendiri..
Aku rasa semua orang pernah rasa begitu. Aku adalah orang yang selalu hilang diri sendiri di dalam percintaan. ya, aku mengaku.

Pelik kan? Walaupun jumpa seseorang yang tidak mahu mengubah apa2 tentang diri kita, kita sendiri mengubah untuk sesuaikan diri untuk dia kononnya. I learned it hard way. Live and learn eh? Pengalaman telah mengajar kita menjadi takut sebenarnya. Adakah itu yang ko curigakan?

Ok la. Nanti kita cerita lagi ye. Apa2 pun..sila jawab persoalan aku. ^_^

Walaupun aku jauh di mata mu , telinga ku dan perihatin ku tetap berada di sisi mu. (cam kekasih la pulak).

Reply to Yan

>

Reply to Yan

surat kedua

Aku sememangnya pantas effektif apabila kau bercerita tentang neighbourhood.. Kebarangkalian itu sungguh luas sebab itu aku pantas menjawab “lelaki”? 😉 you can’t blame me…:D

Wah..nanti pabila aku pulang ke tanah air (sayu skit bunyi), aku pastikan kau akan membawa aku jalan-jalan cari makan sebab aku tahu kau telah arif tentang kawasann Damansara. Dari apa yang aku baca, aku merasakan Damansara sungguh sesuai untuk kau….dan aku bangga kau telah sungguh rileks mengenai subjek lelaki. Ye la, kalau nak ikutkan subjek itu tidak akan pernah ada nohtah. Sentiasa ada kesinambungan. Aku tahu kau bukan jenis yang hendak kahwin atas sebab2 yang kekadang aku dengar tidak munasabah. Kau lebih cerdik dr itu.

Menyebut pasal makanan, aku masih mengingati zaman-zaman mamak kita dan cerita-cerita cina yang sering ditayangkan . Dan kali ini, aku mahu makan di Sri Murni pula. Alamak….. lapar la pulak teringat kat Mee goreng sri murni… menyesal mention…

Betul kata kau, puaskan hati orang memang susah dan kekadang kita sendiri jadi marah. 😦

Aku rasa yang penting kau puaskan hati sendiri dahulu, ya..bunyi sungguh mementingkan diri, tapi bila lagi?

Umur pun sudah menghampiri 3-0 an, masih muda lagi. 🙂 dan we still loook good , baby! 🙂

whatever it is, Enjoy while you can!

Bukan ko ader list ke ? 100 things before you get married? 🙂

Macam mana progress? terlaksana?

Buat jangan tak buat:) Nanti dalam relationship, kena minta pendapat atau permission atau kena ajak… leceh kekadang..:)

Nak kata aku rindu dengan kehidupan single, kekadang ya. Tidak pernah aku nafikan.

Tetapi aku bersyukur dengan apa yang ada sekarang..I won’t trade it for the world.

Sebagai pendengar setia kau, aku sentiasa berharap kau jumpa kebahagian yang kau inginkan.




>

Shimmery Eyes!

Kan aku sudah bilang.. aku akan pakai shimmery dikala aku masih muda ini. 🙂

Susah jugak nak pakai ye…isk..isk.. cobaan..

Mata:

MAC Paint Pot in Constructivist

Collection 2000 Sugarplum

120 palette brown

120 palette white for highlight under brow

Etude House Dual Change Eyeliner

Lumene Natural Code Mascara

H & M White eyeliner

Muka:

Stila Primer

Lumene Time Freeze in Mocha

Wet and Wild Press Powder

H & M blusher in Dazzling Peach

Bibir :

Farmasi in Nude


Shimmery Eyes!

Kan aku sudah bilang.. aku akan pakai shimmery dikala aku masih muda ini. 🙂

Susah jugak nak pakai ye…isk..isk.. cobaan..

Mata:

MAC Paint Pot in Constructivist

Collection 2000 Sugarplum

120 palette brown

120 palette white for highlight under brow

Etude House Dual Change Eyeliner

Lumene Natural Code Mascara

H & M White eyeliner

Muka:

Stila Primer

Lumene Time Freeze in Mocha

Wet and Wild Press Powder

H & M blusher in Dazzling Peach

Bibir :

Farmasi in Nude


>


Hitam dan Kuning

Dulu-dulu aku suka warna logo radioaktif, hitam dan kuning. Aku pun tak tahu kenapa (sambil garu kepala). Kali ini, aku melukiskan mata ku dengan warna sedemikian.



Malu la la tunjuk mulut..tak guna lipstik pun. 🙂


Hitam dan Kuning

Dulu-dulu aku suka warna logo radioaktif, hitam dan kuning. Aku pun tak tahu kenapa (sambil garu kepala). Kali ini, aku melukiskan mata ku dengan warna sedemikian.



Malu la la tunjuk mulut..tak guna lipstik pun. 🙂